Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, dapat saya mencatat sepatah dua kata di dalam blog rasmi sekolah ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah berjaya menghasilkan blog ini
Pada tahun ini saya berharap agar semua aktiviti dan program yang dirancang dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya demi kepentingan anak-anak didik di SK Pemberian. Semua Ahli Jawatankuasa yang terlibat diharap dapat memberi komitmen dan kerjasama sepenuhnya untuk melaksanakan semua aktiviti yang dirancangkan.
Akhir kata, marilah kita semua warga SKP bersatu hati dan bekerjasama sebagai satu pasukan serta mendoakan kejayaan murid-murid di SKP demi masa depan mereka yang lebih cerah.
Diharapkan blog ini dapat memberi banyak manfaat kepada pelawat dan masyarakat untuk mengetahui dan mengenali sekolah ini secara lebih dekat lagi.
Selamat datang dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua pengunjung laman web sekolah ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan